POLISI SEKOLAH

POLISI KUALITI SEKOLAH

KAMI, WARGA PENDIDIKAN SK TELUK LIPAT ADALAH PENYEBAR ILMU YANG
SENTIASA BERUSAHA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KAMI DENGAN
PENUH ILTIZAM, DEDIKASI, PROAKTIF DAN INOVATIF UNTUK
KECEMERLANGAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI, DEMI
KEBERKATAN DARI ALLAH SWT SEBAGAIMANA
TERMAKTUB DALAM PRINSIP STAF
YANG BERIKUT:

SIDDIQ
Kami sentiasa mengamalkan etika yang BENAR dan yang diBENARkan dalam
tanggungjawab kami. Kami menyampaikan ilmu yang BENAR.
Kami berkata BENAR. Kami berbuat BENAR dan kami sentiasa
mengelak dari perkara dan perbuatan TIDAK BENAR.
Dengan bersikap BENAR, kami akan dapat melahirkan generasi yang dihormati.

TABLIGH
Kami sentiasa menyampaikan ilmu tanpa banyak kerenah. Kami sentiasa bertukar
fikiran dan mendidik dengan jujur serta ikhlas kepada yang berhak.
Dengan TABLIGH, kami akan melahirkan generasi yang berilmu.


AMANAH
Kami sentiasa bersikap AMANAH kepada pengurusan kami, kepada anak-anak
didik dan sesama kami. Kami AMANAH terhadap masa, mula dengan ketepatan,
berhenti dengan tidak mendahului masa. Kami AMANAH terhadap tanggungjawab,
bekerja dengan bermatlamat, orientasi proses menjadi amalan.
Kami AMANAH terhadap harta, kami gunakan untuk yang berhak,
kami laksanakan dengan penuh cekap.
Dengan AMANAH, kami akan dapat melahirkan generasi yang mulia.

FATANAH
Kami sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan kami. Kami
mengamalkan budaya ilmu dan sentiasa mempelbagaikan strategi P&P kami.
Melalui ilmu yang tinggi, kami akan lebih yakin dan akan diyakini
oleh anak-anak didik kami. Perkara negatif kami tidak berminat,
berfikiran positif terlalu amat.
Dengan FATANAH, kami akan dapat melahirkan generasi cemerlang.


PRINSIP STAF ADALAH POLISI KUALITI KAMI
PRINSIP STAF ADALAH HAK MURID KE ATAS KAMI
PRINSIP STAF ADALAH MARUAH KAMI

0 comments: